Sistem Pengurusan Dana Muzik Malaysia

PEMAKLUMAN STATUS KELAYAKAN KE PERINGKAT SETERUSNYA BAGI PROGRAM MUZIK MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Pemakluman Program Muzik Malaysia terdahulu bahawa permohonan yang berjaya ke peringkat seterusnya akan dimaklumkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh tamat permohonan adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan bahawa pada masa ini pihak Urus Setia masih dalam proses penelitian permohonan tuan/puan ke peringkat seterusnya. Sehubungan dengan itu, status kelayakan ke peringkat seterusnya akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia dari semasa ke semasa.

3. Kelewatan ini dan sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali, justeru pihak Urus Setia menghargai perhatian dan kerjasama yang diberikan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

DANA MIKRO

Dana Mikro direka untuk menyokong penggiat industri muzik dengan memberi tumpuan kepada penciptaan lagu, penulisan lirik, rakaman, pembangunan muzik video (sebagai contoh YouTube, Facebook Video) untuk kegunaan platform mudah alih (tablet dan telefon pintar) dalam memastikan industri ini akan terus berkembang dan kekal relevan.

DANA PEMASARAN

Dana Pemasaran ini bertujuan untuk mengkaji, mempromosi dan memasarkan industri muzik di peringkat tempatan dan antarabangsa menerusi platform-platform yang ada serta menyokong penyertaan dalam mana-mana festival, kajian industri, conference, latihan, trade mission, lawatan benchmarking di peringkat tempatan dan antarabangsa bagi menyokong industri muzik Malaysia.

DANA EKOSISTEM

Dana Ekosistem memberi tumpuan kepada peringkat pembangunan bakat serta platform sesebuah projek yang melibatkan kerja-kerja penciptaan, penghasilan, pengumpulan dan penerbitan atau penjanaan kandungan industri muzik sama ada penerbitan kandungan tersebut berkerjasama dengan institusi (universiti/ kolej/ badan kerajaan atau agensi berkaitan).